Home | Sitemap | Contact Us | Login      
Loading
   

From the President's Desk

Title: President Speech-Launch of the National World Antibiotic Awareness Week-16 November 2016
Date: 16-Nov-2016

PRESIDENT SPEECH DURING THE LAUNCH OF THE NATIONAL WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK 2016 AT PUTRAJAYA HOSPITAL ON 16TH NOVEMBER

Honorable Health Minister, distinguished guests, ladies and gentlemen.

It gives me great pleasure and honour to stand united with the organisers of this event as a partner in the WAAW 2016 celebration. The Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) has always advocated antibiotic awareness and will continue to do so in our effort to ensure that rational and responsible antibiotic use is achieved.

The global theme “Handle Antibiotics With Care” and the Malaysian MOH theme “Antibiotik : Perlu Ke?” are timely and relevant as they clearly indicate that antibiotics are precious and should be used wisely. MPS has rolled out a complimentary theme to  both the global and local direction in Antibiotic Awareness. We are advocating the theme “ Antibiotics, with prescription only” in our campaign with the goal that it will cause the pharmacits to give pause and reflect before dispensing an antibiotic.

The integration of these three themes give a very clear message

“ANTIBIOTICS ARE PRECIOUS, THEY SHOULD BE USED WISELY AND ONLY WHEN INDICATED”

Honorable Health Minister, distinguished guests, ladies and gentlemen.

For MPS, one of our focused and targeted solutions is to work with the pharmacy practitioner in the community as they are well placed  to educate and enforce the MPS Antibiotic Awareness campaign tagline “Antibiotics, with prescription only”. They will also be empowered via training programs to  help provide advice on over the counter medicines to treat symptoms and help with self-care of mild infections that do not require antimicrobial intervention.

I am sure everyone here is clear on the fact that antibiotics are essential medicines for treating bacterial infections, however i hope that once this event is over you will be equally clear on the fact that antibiotics are losing their effectiveness at an increasing rate. It is therefore critical to get this point across : The appropriate use of antibiotics will slow down the development of antibiotic resistance.

Honorable Health Minister, distinguished guests, ladies and gentlemen.

As a serious effort to slow AMR The Malaysian Pharmaceutical Society makes the following commitments:

  1. Launch a year - long “Antibiotics, with prescription only” campaign. The target group would be the pharmacy practitioner in the community and the rakyat
  2. Encouraging all pharmacists in Malaysia to pledge and become an Antibiotic Guardian. The Antibiotic Guardian is a  pledge system that will help people feel that they have taken concrete personal and collective action to help keep antibiotics active.
  3. Nationwide involvement by MPS area committee members  in conferences and campaigns aimed at creating antibiotic awareness in the private sector and amongst the rakyat
  4. Empower the pharmacy practitioner in the community and create awareness within the fraternity that they have a right to intervene when an antibiotic is not indicated
  5. Educational campaigns targeted at the rakyat via the private sector pharmacists to ensure antibiotics that are prescribed correctly are consumed correctly.
  6. The MPS Council will take an active part in AMR awareness campaigns, focus groups and committees with KKM and other stakeholders as partners.

MPS does not take its responsibility as the professional body for pharmacists lightly, we are committed to make a difference and keep the pharmacy fraternity in the forefront of tackling AMR in Malaysia.

Before I take my leave, I urge every person in attendance today to make a personal pledge that when you step out of this hall, you will set in motion a change for the better in how you take antibiotics, how you prescribe antibiotics and how you dispense antibiotics. To change the world we need to change ourselves first. Be the change you want to see.

 

Thank you

 

 


UCAPAN PRESIDEN BERSEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 DI HOSPITAL PUTRAJAYA

Yang Berhormat Dato Seri, dhif-dhif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan,

Saya berasa amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana dapat bersama-sama dengan penganjur program hari ini untuk meraikan sambutan Minggu Kesedaran Antibiotik Dunia 2016. Persatuan Farmasi Malaysia sentiasa menyokong langkah-langkah ke arah meningkatkan kesedaran berkaitan penggunaan antibiotik dan akan terus komited berusaha memastikan penggunaan antibiotik secara rasional dan bertanggungjawab dapat dicapai.

Tema global sambutan “Handle Antibiotics With Care” dan tema sambutan Kementerian Kesihatan Malaysia “Antibiotik : Perlu Ke?” adalah sangat relevan dan menunjukkan antibiotik adalah aset yang berharga dan perlu digunakan secara bijak. Persatuan Farmasi Malaysia telah memilih tema yang menyokong tema global dan tema kementerian ke arah kesedaran antibiotik. Kami memilih tema  “Antibiotics, with prescription only” bagi kempen kami supaya semua ahli farmasi akan lebih berhati-hati sebelum mendispens antibiotik kepada pesakit.

Kesinambungan di antara ketiga-tiga tema ini dapat memberikan sebuah mesej yang amat jelas iaitu

ANTIBIOTIK ADALAH ASET YANG BERHARGA, IA PERLU DIGUNAKAN SECARA BIJAK DAN DIGUNAKAN MENGIKUT INDIKASI SAHAJA.

Yang Berhormat Dato Seri, dhif-dhif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan

Bagi Persatuan Farmasi Malaysia, salah satu fokus dan sasaran kami bagi mengatasi isu ini adalah dengan bekerjasama dengan ahli farmasi di komuniti memandangkan mereka mempunyai posisi yang sesuai untuk menerangkan dan mengamalkan tema kempen kesedaran antibiotik Persatuan Farmasi Malaysia “Antibiotics, with prescription only”. Mereka juga akan diperkasakan melalui program-program latihan khusus untuk memberikan nasihat kesihatan mengenai ubat-ubatan tanpa preskripsi untuk merawat simptom-simptom jangkitan ringan yang tidak memerlukan rawatan dengan antibiotik.

Saya yakin semua yang hadir pada hari ini jelas tentang kepentingan antibiotik dalam merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Walaubagaimanapun, saya berharap setelah program ini tamat, kita semua akan faham dengan jelas bahawa keberkesanan antibiotik untuk merawat jangkitan semakin berkurangan dengan pesat. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami bahawa penggunaan antibiotik secara rasional akan merencatkan kerintangan antibiotik.

Yang Berhormat Dato Seri, dhif-dhif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan

Sebagai satu komitmen yang serius demi menangani masalah kerintinangan antibiotik, Persatuan Farmasi Malaysia akan melakukan perkara-perkara berikut:-

  1. Menjalankan kempen Antibiotics, with prescription only” selama setahun. Kumpulan sasaran bagi kempen ini adalah ahli farmasi komuniti dan rakyat.
  2. Menggesa semua ahli farmasi di Malaysia bertindak sebagai Pelindung Antibiotik. Ia merupakan satu sistem akujanji yang akan membantu meningkatkan rasa tanggungjawab individu untuk memastikan antibiotik terus berkesan untuk merawat penyakit.
  3. Penglibatan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Farmasi Malaysia di seluruh negara di dalam persidangan-persidangan dan kempen-kempen yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran antibiotik di kalangan pengamal kesihatan swasta dan rakyat.
  4. Memperkasakan ahli farmasi komuniti dan meningkatkan kesedaran di kalangan profesion farmasi tentang tanggungjawab untuk melakukan intervensi  apabila antibiotik dipreskrib tanpa indikasi.
  5. Kempen-kempen kesedaran yang disasarkan kepada rakyat melalui ahli farmasi swasta untuk memastikan antibiotik yang dipreskrib secara betul turut diambil dengan cara yang betul.
  6. Ahli-ahli jawatankuasa induk Persatuan Farmasi Malaysia akan memainkan peranan secara aktif dalam kempen-kempen kesedaran antibiotik, pasukan kerja dan jawatankuasa bersama Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Persatuan Farmasi Malaysia tidak memandang ringan tentang tanggungjawab kami sebagai badan profesional bagi ahli farmasi. Kami komited untuk membawa perubahan dan menjadikan profesion farmasi sebagai penggerak di barisan hadapan bagi mengatasi maslah kerintangan antibiotik di Malaysia.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya menyeru semua individu yang hadir pada hari ini untuk berikrar, apabila anda keluar dari dewan ini, anda akan mula melakukan perubahan yang lebih baik, dari segi pengambilan antibiotik, mempreskrib antibiotik dan mendispens antibiotik. Untuk mengubah dunia, kita perlu mengubah diri kita sendiri terlebih dahulu. Be the change you want to see.

 

Terima kasih.

 



[ Back ] [ Print Friendly ]





Copyright © 2002 - 2017 Malaysian Pharmaceutical Society. All Rights Reserved.   Web Management

Powered by CORNERSTONE CONTENT MANAGEMENT SYSTEM