Home | Sitemap | Contact Us | Login      
Loading
   

National Pharmacy News

Title: MyHDW sedia data kesihatan komprehensif
Date: 18-Apr-2017
Category: Berita Harian


MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika melancarkan MyHDW di Putrajaya, turut kelihatan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua dari kiri) dan Presiden MIMOS Bhd, Datuk Abdul Wahab Abdullah (dua dari kanan). - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan Gudang Data Kesihatan Malaysia (MyHDW) yang mengintegrasi semua sistem perkhidmatan kesihatan termasuk data pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan dan swasta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata bagi fasa pertama MyHDW yang sudah mula dilaksanakan, sejarah 2.5 juta pesakit yang mendapat rawatan di hospital kerajaan, hospital swasta, hospital universiti dan hospital tentera boleh diakses oleh pegawai perubatan secara komprehensif untuk rujukan serta tindakan susulan.

"Melalui gudang data ini, kita dapat melihat maklumat seperti demografi pesakit, sebab mereka menggunakan kemudahan, cara rawatan yang diberikan dan keberkesanannya, supaya penyedia perkhidmatan kesihatan dapat membuat analisa mengenainya.

"Ia juga boleh membantu kerajaan dan swasta dalam menyediakan rancangan perkhidmatan kesihatan, memastikan apa yang dilakukan berasaskan kepada bukti serta menilai keberkesanan apa-apa aspek yang dilaksanakan dalam penyampaian kesihatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan MyHDW di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Subramaniam berkata, fasa kedua MyHDW yang dibangunkan dengan kerjasama MIMOS Berhad itu akan turut memasukkan data dari kemudahan kesihatan lain seperti klinik kesihatan serta swasta, selain maklumat lain secara berterusan termasuk bagi tujuan penyelidikan.

Katanya, MyHDW adalah produk tempatan sepenuhnya yang diadaptasi daripada beberapa model sistem maklumat negara kesihatan terbaik negara maju dan Malaysia adalah negara ketujuh di dunia yang memiliki sistem berkenaan.

Selain itu katanya, sistem itu diperkukuh dengan Jawatankuasa Tadbir Urus Data dan Maklumat yang meletakkan kerahsiaan dan keselamatan data secara terkawal tanpa kompromi.  

 

 

 



[ Back ] [ Print Friendly ]





Copyright © 2002 - 2017 Malaysian Pharmaceutical Society. All Rights Reserved.   Web Management

Powered by CORNERSTONE CONTENT MANAGEMENT SYSTEM